Detik yang ditungg-tunggu akhirnya tiba.
Kemenangan skuad bola tampar wanita Kanada dalam kejuaraan benua (Women NORCECA Continental Championship) akhirnya memecahkan kebuntuan apabila berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028 selepas 32 tahun!
Kanada tidak tewas sepanjang kejohanan minggu lalu, sekali gus merangkul gelaran pertama kali termasuk bakal melakar penampilan pertama dalam temasya sukan paling berprestij itu sejak tahun 1996.
Negara ranking kelapan dunia itu menewaskan Dominican Republic 3-1 (25-15, 20-25, 25-23, 25-24).