Mata akhir yang melunaskan impian besar. Selepas bertahun-tahun mencuba nasib, akhirnya hajat tercapai!
Cerita pasukan bola tampar wanita Thailand yang kini menjadi inspirasi terhebat negara itu apabila berjaya layak ke Sukan Olimpik buat kali pertama dalam sejarah susulan menjuarai kejohanan benua peringkat Asia (AVC) hujung minggu lalu.
Tatkala menemui mata-mata terakhir, ramai-ramai mula bersorak dan sudah mengalirkan air mata melihat rekod terbesar bakal tercipta dalam perlawanan akhir itu.
Meskipun pihak lawan dari China melakar kebangkitan selaku status pilihan dengan kemenangan set kedua dan ketiga, Thailand yang menghuni ranking ke-14 dunia menghasilkan kejutan dengan menyamakan kedudukan 2-2 pada set keempat, sebelum menumpaskan seteru final dengan mata 15-10 untuk kemenangan 3-2 membawa ke Sukan Olimpik Los Angeles (LA), Amerika Syarikat (AS) 2028.
The moment history was made! 🇹🇭🥹❤️
Thailand’s women’s volleyball team are Olympic-bound for the first time after winning the 2026 AVC Championship yesterday.
See you at #LA2028!https://t.co/HMEQ8FTTVj— The Olympic Games™ (@Olympics) August 31, 2026
Kejayaan itu menyaksikan wakil Asia Tenggara (ASEAN) itu menawan benua Asia mempertahan gelaran berturut-turut.
Pada edisi 2020, mereka tewas di tangan Korea lalu gagal mara ke temasya tertinggi dunia itu.
2016 juga menyaksikan kegagalan paling menyedihkan tatkala terlepas tiket ke Sukan Olimpik dengan hanya satu mata dalam aksi kelayakan menentang Jepun.