Skip to main content

Bola Sepak

Kuching City tandatangani pemain Malaysian Abroad

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Aidil

Pemain kacukan Malaysia-Australia, David Rowley atau Brendan Gan, tampak berada dalam radar Kuching City apabila pengendalinya, Aidil Sharin Sahak, memberi bayangan untuk menandatangani pemain 'Malaysian Abroad'.

Aidil tidak mendedahkan identiti pemain terbabit, namun difahamkan pemain tengah menjjadi sasaran kelab berkenaan.

Advertisement

"Sudah pasti pemain tersebut adalah pemain yang berkualiti.

"Kami mahu membawa pemain yang boleh membantu pasukan. Mungkin pemain lokal yang bermain di luar negara.

"Itu bayangan yang boleh saya berikan," katanya di Nadi Weekend.

Untuk rekod, Rowley pernah berada di bawah bimbingan Aidil  ketika bersama Kedah pada musim 2019 hingga 2020.

Dia baru sahaja mengumumkan perpisahan dengan kelab Thailand, Chanthaburi, baru-baru ini.

The Cats turut bakal menandatangani pemain import dari Afrika dan Timur Tengah apabila difahamkan salah seorang individu terbabit ialah pemain tengah dari Jordan, Ahmad Israiwah, yang akan berhijrah dari PDRM.

"Kami turun di tempat keempat, namun perbezaan mata tidak besar.

"Jika tidak salah, kami kekurangan satu perlawanan. Kami harus bekerja keras.

"Dua pemain import baru juga sedang dalam perjalanan.

"Ini adalah petanda baik. Tekanan sebenarnya ke atas Selangor dan Kuala Lumpur (KL) City, bukan kami," katanya lagi.
 

Must Watch Video