Kelab Liga Super, Kuching City, dalam satu hantaran media sosial sebentar tadi, mengumumkan kemasukan bintang warisan Harimau Malaya, Gabriel Palmero.
Palmero antara tujuh pemain yang dikenakan penggantungan 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) atas dakwaan pemalsuan dokuman pada September lalu.
Advertisement
Bagaimanapun, penangguhan hukuman yang diberikan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada hujung bulan lalu memberikan nafas baru buat pertahanan berusia 24 tahun berkenaan.
Kuching City dilihat sebagai destinasi terbaik untuk memulihkan kariernya selepas kontraknya ditamatkan kelab Sepanyol, CD Tenerife, berikutan dakwaan FIFA.
Sebagai rekod, Palmero pernah menyarung jersi Harimau Malaya sebanyak empat kali sepanjang tahun lalu.