Polis di New Zealand telah mendakwa seorang wanita kerana membuat kenyataan palsu berhubung siasatan terhadap kapten Cape Verde, Ryan Mendes. Siasatan tersebut kini telah ditutup tanpa sebarang pertuduhan dikenakan.
Mendes tidak akan menghadapi sebarang pertuduhan susulan dakwaan merogol seorang wanita warga Brazil ketika Cape Verde menyertai acara FIFA Series di Auckland, New Zealand, pada bulan Mac lalu.
Pada hari Khamis lalu, pihak polis mengesahkan bahawa seorang wanita berusia 40 tahun telah didakwa kerana membuat kenyataan palsu, dan dakwaan terhadap Mendes didapati tidak berasas.
🚨JUST IN: A woman has been charged with making a false sexual assault allegation against Cape Verde captain Ryan Mendes The woman is expected to appear in the Auckland District Court next month - RNZ https://t.co/QI9gCkq4cY
— Polymarket Sports (@PolymarketSport) November 4, 2026
Wanita tersebut telah diarahkan untuk hadir di Mahkamah Daerah Auckland pada 10 November.
Bintang berusia 36 tahun itu merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman bagi negaranya dengan 22 gol dalam 103 penampilan
Pasukan ke-68 dunia itu berjaya mara ke pusingan 32 terakhir Piala Dunia 2026 sebelum disingkirkan oleh Argentina.