Skip to main content

Bola Sepak

Kontrak tamat akibat penggantungan, warisan Harimau Malaya, Palmero pilih Kuching City?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Palmero

Daripada tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dibenarkan beraksi semula, hanya Gabriel Palmero masih belum menemui kelab baharu setakat ini.

Kecoh di media sosial apabila khabar angin bertiup kencang menyaksikan tonggak kelahiran Sepanyol itu bakal menyertai gergasi Liga Super, Kuching City.

Advertisement

Ini kerana, dalam senarai pengikutnya di Instagram jelas turut mengikuti perkembangan Kuching City.

Namun, desas-desus itu masih bertebaran dan belum ada apa-apa kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak setakat ini.

Penggantungan 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akibat isu dokumentasi bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi impak besar kepada Palmero dalam kariernya sebagai pemain profesional.

Ia, selepas kelab pinjamannya, Unionistas de Salamanca, dan majikannya di Tenerife mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya, sekali gus berstatus ejen bebas dan menanti masa untuk bergabung dengan mana-mana kelab.

Terdahulu, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membenarkan 'stay of execution' buat tujuh pemain warisan negara untuk kembali beraksi buat seketika  sementara menunggu penghakiman penuh.

Pada awal Januari lalu, Stadium Astro menerusi Nadi Arena memuat naik laporan bahawa The Cats akan menandatangani seorang pemain 'Malaysian Abroad' dengan bayangan David Rowley atau Brendan Gan berada dalam radar tersebut.

Ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak, tidak mendedahkan identiti pemain itu, tetapi tidak mustahil Palmero antara nama yang menjadi tumpuan seperti kata khabar angin. 
 

Must Watch Video