Skip to main content

Bola Sepak

Kongres Pemilihan Exco FAM: Ayuh bantu saya sebagai presiden, sama-sama naikkan FAM -- Megat D. Shahriman

ghxgxdh

Presiden Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin, mempelawa semua pihak agar tampil membantunya jika terpilih sebagai presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tatkala ada cakap-cakap luar yang merasakan dia kurang berpengalaman terhadap hasratnya untuk memegang tampuk pimpinan tertinggi bola sepak negara itu.

Sebaliknya, daripada hanya mengatakan pihak mana mampu dan tidak mampu, baginya lebih baik untuk semua pihak bersama-sama bergabung, seterusnya menaikkan kembali FAM ke tahap kegemilangannya.

Advertisement

"Seseorang itu boleh (mungkin) jadi jurulatih yang terbaik tetapi tidak sebagai pemain.

"Seseorang itu boleh ada pengalaman sebagai pemain hingga umur 50 tahun tapi tiada dalam pentadbiran, jadi ia memerlukan gabungannya.

"Orang yang tanya (pertikai tentang) tak cukup pengalaman, (sila) sertai saya. Bantu saya supaya kita boleh berjaya bersama.

"Saya (jemput) semua peminat di luar sana untuk buat sama-sama kembali tawan FAM dan perbetulkan (keadaan)," katanya.

Megat D. Shahriman juga percaya setiap persatuan bola sepak negeri berhak mendapat suara masing-masing di dalam FAM sambil menegaskan ia antara signifikan dengan usaha untuk 'membersihkan kembali' FAM demi peminat.

"Setiap persatuan ada hak untuk ini.

"Kena bersihkan balik FAM, jangan bagi orang tak sepatutnya (jawatan kerana) inilah hak setiap negeri dan ahli gabungan.

"Kalau anda tidak jadi perwakilan dengan baik (maka) masa depan (bola sepak) kita hancur.

"Ayuh bola sepak ini untuk rakyat, untuk semua," katanya.

 

Must Watch Video