Skip to main content

Bola Sepak

Kongres FAM: Statut, kewangan perlu dinilai secara mendalam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Kongres FAM

Mantan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar, berpandangan badan induk itu perlu diterjui individu lain menjelang kongres pemilihan tahun ini.

Dia berpendapat Tan Sri Hamidin Mohd Amin tidak lagi sesuai untuk kembali menduduki kerusi nombor satu FAM itu, seiring tuntutan pelarasan semula yang menyeluruh terhadap badan induk berkenaan.

Advertisement

Minggu lalu, barisan Exco FAM meletak jawatan secara beramai-ramai susulan skandal pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan, sekali gus membuka laluan kepada pemilihan baru.

Nama Hamidin yang kini merupakan presiden kehormat FAM disebut-sebut akan kembali menerajui badan induk itu selain Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Hanya Al-Sultan Abdullah yang paling layak untuk terajui FAM.

"Baginda adalah orang yang suka mendengar, dihormati di peringkat antarabangsa dan tidak ambil keputusan tanpa merujuk kepada exco.

"Kalau nak pelarasan semula, kena buat semua sekali (menyeluruh) daripada (jawatan) presiden dan exco, kena 100 peratus orang baru.

"Tapi kalau (peringkat) jawatankuasa (terdiri) daripada orang pengalaman, tiada masalah," katanya di Nadi Arena.

FAM kini melalui fasa pemulihan dan reformasi menyeluruh di bawah pengawasan AFC sebagai sebahagian daripada pelarasan menyeluruh untuk membentuk pengurusan lebih profesional dan telus.

Saifuddin -- yang pernah berkhidmat dengan bola sepak Qatar dan Oman -- menegaskan FAM harus dinilai secara mendalam daripada aspek kewangan termasuk statut badan induk itu.

"Statut banyak yang sudah ditukar, setiap kali ditukar ia perlu mendapat keputusan darpipada AFC (Konfederasi Bolasepak Asia).

 

 

"Kita ada 18 ahli gabungan tapi logikkah kalau ada enam pencalonan (untuk jawatan presiden).

"Kenapa banyak sangat? Kalau dari mula lagi (peringkat pertama pencalonan) sudah 30 peratus?

"Statut mustahak. Sama ada AFC atau FIFA boleh melihat kepada perbelanjaan FAM, adakah ia digunakan di tempat yang betul atau tidak kerana selama ini ia dibuat oleh juruaudit yang dilantik," katanya lagi. 
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video