Skip to main content

Bola Sepak

Kongres FAM: Perwakilan watak penting tentukan landskap bola negara!

sss

“Jangan bawa beban ke Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).”

Mantan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM, Datuk Christopher Raj, mengingatkan perwakilan supaya meneliti latar belakang dan rekod calon yang bertanding dalam Kongres Luar Biasa FAM Kedua, 17 September ini.

Dalam temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Christopher menegaskan calon yang mempunyai masalah pengurusan di peringkat negeri atau kelab tidak sewajarnya diberi tanggungjawab di peringkat nasional.

"Kalau seseorang itu tidak boleh (mampu melakukan) perubahan di peringkat negeri, macam mana untuk (dilakukan)di peringkat nasional.

"Gaji pun persatuan tidak mampu bayar, minta pertolongan kerajaan negeri -- begitu tenat tetapi dicalonkan untuk jawatan FAM.

"Mereka perlu sedar, jawatan ini bukan untuk tujuan popular. Peminat mengharapkan individu yang terpilih ini (boleh) membawa bola sepak negara ke landasan yang lebih baik

"Tapi di peringkat negeri, seseorang calon itu sudah ada masalah dengan agensi kerajaan, liga tidak tersusun, beberapa tahun tiada liga belia dan kalau ada pun sebulan sahaja.

"Mengharapkan dana tapi bertanding di peringkat kebangsaan.

"Calon itu sebaliknya lebih memudaratkan FAM kerana dia adalah liabiliti," katanya.

Dalam masa sama, Chris turut menegaskan pemilihan kali ini bukan soal kem A atau kem B, sebaliknya semua pihak perlu kembali bekerjasama selepas kongres berakhir.

Bekas pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam FAM itu menyifatkan pemilihan kali ini sebagai antara yang paling sengit, lebih-lebih lagi selepas pindaan statut menyaksikan jumlah kerusi exco dikurangkan.

"Kalau nak tukar bola sepak negara, perwakilanlah yang memainkan peranan.


"Kalau mereka memilih pemimpin yang tidak mempunyai kualiti, kelayakan dan pengalaman -- mempunyai masalah AFC dan negeri -- tapi bertanding di peringkat kebangsaan maka saya akan menyalahkan perwakilan, bukan individu tersebut.

"Salahkan diri sendiri kerana memilih pemimpin yang salah yang datang ke persatuan kebangsaan dan tidak boleh membetulkan keadaan.

"Ini tempoh yang paling pendek, tapi tidak memilih pemimpin berkualiti untuk keluarkan bola sepak negara daripada kemelut yang ada.

"(Kalau begitu), 2028 kita akan melalui perjalanan yang cukup susah," katanya lagi. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement