Skip to main content

Bola Sepak

Kongres FAM: Pengerusi perlu dipilih melalui undian perwakilan — AFC

windsor

Pemilihan pengerusi bagi kongres luar biasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Khamis ini perlu melalui proses undian perwakilan.

Langkah itu perlu memandangkan badan induk berkenaan ketika ini diumpamakan seperti kapal tanpa nakhoda.

Pelantikan itu mungkin boleh melibatkan mana-mana wakil daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) atau mana-mana wakil perwakilan yang ada, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Untuk menyandang jawatan pengerusi kongres, proses undian wajib dilaksanakan bagi mendapatkan persetujuan majoriti, iaitu lebih daripada 50 peratus undian.

Hal berkenaan ditegaskan oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John, seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Situasi apabila tiada Presiden dan Exco, hanya kongres sahaja boleh menentukan siapa yang boleh mempengerusikan mesyuarat itu.

"Apa yang anda dengari di luar sana amat baik tetapi penting untuk anda tahu bahawa kuasa itu tidak boleh ditarik oleh sesiapa, kuasa itu perlu diberikan kepada kongres untuk menentukan siapa yang akan mempengerusikan mesyuarat itu nanti.

"Ia boleh jadi daripada perwakilan, daripada FIFA atau daripada AFC, boleh jadi sesiapa sahaja.

"Tetapi kuasa untuk menentukannya berada di tangan perwakilan. Mereka sahaja yang boleh menentukannya selepas ketiadaan Presiden, timbalan dan Exco."

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video