Skip to main content

Bola Sepak

Kondisi terkini kepala susulan pertembungan ngeri bintang Harimau Malaya, Selangor

Sikh

Penjaga gol Selangor, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, dilaporkan mengalami gegaran otak selepas bertembung dengan penyerang Terengganu, Romel Morales, dalam perlawanan minggu kedua Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat.

Pertembungan itu berlaku ketika aksi memasuki separuh masa kedua, menyebabkan bintang Harimau Malaya itu terpaksa meninggalkan padang sebelum dibawa ke Hospital Sultan Zainal Abidin (HSZA) untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan.

Gergasi Merah dalam perkembangan terkini memaklumkan keadaan tonggak berusia 24 tahun itu kini stabil selepas mendapat rawatan, selain sudah kembali bersama skuad untuk pemantauan lanjut.

Penjaga gol bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Azim Al-Amin Kamaruddin, dibawa masuk menggantikan Sikh Izhan pada baki saingan yang menyaksikan pelawat membawa pulang tiga mata penuh dengan kemenangan 3-0.

Menyingkap sejarah, ini bukan kali pertama Sikh Izhan mengalami situasi cemas berkenaan apabila dia juga pernah berdepan insiden serupa tatkala mewakili Negeri Sembilan dalam beberapa musim terdahulu. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement