Setiap catatan masa yang menjadi sasaran hampir 45,000 pelari di Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2026 bakal dibantu 42 pelari terpilih yang ditugaskan memimpin rentak larian mengikut kategori masing-masing.
Pemilihan bukan dilakukan secara rawak, sebaliknya setiap pemimpin larian perlu melalui siri penilaian dan ujian bagi memastikan mereka adalah yang terbaik selain bersedia menggalas tanggungjawab itu.
"Kami kena ikut rentak pemimpin larian.
"Jangan ikut hati," kata peserta 21km half Marathon KLSCM 2026, Sheikin Roslan.
Kehadiran pemimpin larian menjadi antara elemen penting dalam memastikan setiap peserta menikmati pengalaman larian yang lebih baik seiring dengan usaha KLSCM untuk terus meningkatkan kualiti penganjuran.
Dalam pada itu, majlis hari ini turut memperkenalkan koleksi rasmi KLSCM 2026 yang mengetengahkan elemen identiti dan keunikan Malaysia, sebahagian daripada inisiatif menambah kehangatan sebelum tiba hari perlumbaan pada 3 dan 4 Oktober depan.
"Apabila mereka pulang ke negara masing-masing, mereka akan bercerita keindahan tentang kejohanan ini.
"Ia secara tidak langsung akan menggamit pelari dari luar negara ke mari.
"Jadi pengalaman lebih mustahak berbanding angka," kata Pengarah Projek KLSCM, Rainer Biemans.
Tambah Pengurus Asics Malaysia, Boon Tib Soom Nik: "Ini bukan kali pertama kami terapkan suasana tempatan dan rasa bangga itu ada di sana."