Skip to main content

Maraton

KLSCM 2026 diteruskan tanpa kategori Kids Dash

kl maraton
Advertisement

Acara Larian Maraton Standard Chartered Kuala Lumpur (KLSCM) 2026 akan diteruskan hujung minggu ini melibatkan kategori Full Marathon, ASICS Half Marathon, IHH 10km dan 5km seperti yang dijadualkan.

Selepas perbincangan dengan pihak berkaitan, pihak penganjur dengan kesal mengumumkan bahawa perlumbaan kategori Kids Dash terpaksa dibatalkan demi keselamatan dan kepentingan kanak-kanak.

Advertisement

Keputusan itu turut disokong oleh penganjur bersama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan penaja utama, Standard Chartered Malaysia.

Pihak penganjur amat menghargai sokongan yang ditunjukkan oleh peserta sepanjang menghadapi situasi cuaca yang mencabar ketika ini.

Advertisement

Kit larian untuk peserta Kids Dash boleh dituntut di Kaunter Maklumat Dataran Merdeka esok, dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Ibu bapa wajib mengemukakan bib larian anak untuk membuat tuntutan barang berkenaan.

“Kami sentiasa memantau situasi jerebu dan mengambil keputusan sukar ini selepas pertimbangan yang mendalam," kata Pengarah Projek KLSCM merangkap Pengarah Dirigo Events, Rainer Biemans.

"Kami kecewa kerana tidak dapat meneruskan acara Kids Dash tetapi kami harus mengutamakan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak daripada membiarkan mereka berlari dalam keadaan cuaca yang kurang ideal.

“Kami tahu ramai pelari teruja kerana perlumbaan ini diteruskan.

"Bagaimanapun, kami ingin mengingatkan semua pelari bahawa mereka lebih mengenali tubuh badan sendiri. Jika anda mempunyai masalah kesihatan, kami menyarankan agar anda meneliti pilihan yang ada sebelum membuat keputusan untuk berlari."

Pihak penganjur akan terus memantau situasi perlumbaan sepanjang hari esok dan mengharapkan keadaan cuaca yang baik pada hari Ahad nanti.

Sesi Pengambilan Pek Larian dan Ekspo Gaya Hidup Aktif akan diteruskan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) sehingga esok.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video