Situasi jerebu di ibu negara jelas memberikan cabaran baru buat peserta Kuala Lumpur Standard Chartered Maraton (KLSCM) 2026, namun ia bukan penghalang untuk semua peserta memberikan larian terbaik.
Bagi pelari kebangsaan, Yeow Ni Jia, dia berkongsikan perasaan lega dapat mempertahankan gelarannya selaku juara dalam kategori full marathon lelaki tempatan
Meskipun hampir dibatalkan ekoran cuaca tidak menentu dan situasi jerebu, KLSCM 2026 berlangsung dengan penuh jayanya di Dataran Merdeka hari ini.
Lebih 25,000 peserta mengambil bahagian melibatkan 10 acara dengan suasana yang cukup meriah dihadiri pelbagai bangsa, umur dan latar belakang.
"Saya boleh katakan amat mencabar juga dengan larian membabitkan lebuhraya AKLEH dan DUKE, jadi saya bertuah dapat menamatkan larian dan mempertahankan gelaran saya sejak tahun lalu." kongsinya.