Klinik Pickleball anjuran Thrive Pro Team tampil sebagai platform terbaik untuk memperkenalkan sukan pickleball kepada masyarakat umum, dengan menampilkan barisan pemain berpengalaman yang berperanan sebagai mentor kepada peserta pelbagai peringkat.
Sesi latihan yang dianjurkan itu memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik asas permainan pickleball secara menyeluruh, merangkumi kawalan padel, pergerakan kaki, posisi permainan serta strategi asas yang menjadi tunjang kepada pembentukan pemain yang konsisten dan berdaya saing.
Advertisement
Menurut penganjur, penekanan terhadap asas permainan yang kukuh amat penting bagi memastikan pemain dapat menikmati sukan pickleball secara selamat, berkesan dan berterusan, khususnya dalam kalangan pemain baharu yang semakin ramai menceburi sukan ini.
Sementara itu, klinik ini turut menjadi medan untuk memperkenalkan padel jenama Thrive, buatan Amerika Syarikat membuka ruang kepada peserta untuk merasai sendiri keunikan serta kualiti peralatan pickleball bertaraf antarabangsa.
Padel Thrive yang digunakan sepanjang sesi latihan dilihat membantu pemain meningkatkan kawalan, ketepatan pukulan serta keyakinan ketika beraksi di gelanggang, sejajar dengan keperluan pemain moden.
Penganjuran klinik seumpama ini bukan sahaja memperkukuh asas teknikal pemain, malah dilihat mampu menyemarakkan lagi perkembangan sukan pickleball di Malaysia, yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat pelbagai lapisan usia.