Skip to main content

Bola Sepak

KL City bakal buat 'pusingan U' status Risto Vidakovic?

syed yazid

Status ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Risto Vidakovic, bakal dinilai semula.

Mungkin berlaku pusingan U berdasarkan keperluan pasukan Warga Kota itu memandangkan hanya berbaki tiga perlawanan musim ini.

Advertisement

Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, tidak menafikan nasib Vidakovic akan ditentukan dalam mesyuarat exco pasukan itu, yang akan diadakan dalam masa terdekat.

"Macam mana pun, kami melihat kepada jalan positif buat KL City," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Kami perlu rujuk kepada pemain, exco dan melihat daripada segala sudut.

"Hanya tinggal tiga perlawanan, boleh jadi dia (Vidakovic) akan kembali untuk menghabiskan tiga perlawanan itu.

"Apapun, keputusannya akan diputuskan dalam mesyuarat yang akan datang."

Terdahulu, Nadi Arena melaporkan Vicakovic diarahkan menjalani "cuti khas" sehingga tamat musim ini menerusi aplikasi WhatsApp pada 10 April lalu.

 

Must Watch Video