Skip to main content

Bola Sepak

Kita tunggu dan lihat -- Hamidin bakal kembali terajui FAM?

hamidin

Desas-desus mengenai kepulangan semula Tan Sri Hamidin Mohd Amin sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini semakin bertiup kencang.

Kongres Luar Biasa FAM semalam telah membuka ruang kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, untuk mendapatkan pengesahan secara langsung daripadanya.

Bagaimanapun, Hamidin tidak mengiyakan dan tidak menafikan perkara berkenaan.

Hamidin, yang kini sedang menyandang jawatan Presiden Kehormat FAM, tidak memberikan jawapan yang jelas sama ada khabar angin itu benar atau sekadar spekulasi kosong, sebaliknya lebih selesa mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat.

Tindakan itu seolah-olah menunjukkan dia mahu menilai terlebih dahulu calon-calon lain yang mampu menggalas tanggungjawab di kerusi panas berkenaan.

Namun, seandainya tiada calon yang sesuai, tidak mustahil Hamidin akan membuat kemunculan semula selepas setahun dilantik sebagai Presiden Kehormat.

"Saya pernah ada di sana dan saya faham FAM kini sedang dibentuk semula. Apa yang telah dibentang AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) penting untuk Presiden dan Exco baharu menyelesaikannya.

"Sama ada saya mahu bertanding atau tidak, saya ada dua jawapan.

"Yang pertama, lebih elok untuk memberikan peluang kepada orang lain, mungkin ramai yang minat dan bagus, jadi boleh cuba seperti itu.

"Yang kedua, kita tunggu dan lihat," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Must Watch Video