Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari menyambut 'baton' daripada kepimpinan Hannah Yeoh dengan penuh kezaman apabila tekad untuk mengangkat martabat sukan negara ke tahap lebih tinggi.
Ini selepas Taufiq mengakui peningkatan prestasi kontinjen negara pada Sukan SEA Thailand menjadi satu cabaran dan pembakar semangat buat dirinya dalam meneruskan agenda pembangunan sukan negara.
Advertisement
"Saya ambil ini sebagai satu cabaran. Kita akan meneruskan gerak kerja cukup hebat ini.
"Kita akan mengangkat sukan negara ke arah lebih tinggi.
“Ini satu cabaran dan satu semangat untuk saya”, Menteri Belia dan Sukan Taufiq Johari selepas kontinjen negara pamer peningkatan di temasya Sukan SEA Thailand. 📈🇲🇾@ASTROARENA pic.twitter.com/uA91cuQaYt
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 20, 2025
"Satu semangat, satu kekuatan untuk memastikan segala kebajikan atlet, kontinjen terjamin.
"Bagaimana kami boleh bekerjasama dengan persatuan-persatuan sukan untuk terus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Taufiq yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 16 Disember lalu tiba di Bangkok pada Khamis lalu menjadi saksi kepada beberapa kejayaan atlet negara dalam temasya dwitahunan itu.
Terbaru, Ahli Parlimen Sungai Petani itu hadir menyaksikan kejayaan bersejarah skuad sepak takraw negara yang memenangi emas regu selepas menundukkan Vietnam, hari ini.
Kejayaan itu bukan sahaja menjulang maruah sukan tradisi negara, malah melengkapkan emas ke-57 negara di temasya dwi-tahunan ini yang juga menjadi penutup paling sempurna.