Skip to main content

Bola Sepak

Kim Pan-gon kekal, Selangor fokus penuh buru final Shopee Cup

kpg

Selangor mengesahkan ketua jurulatih, Kim Pan-gon, akan dikekalkan bagi tempoh panjang sebagai langkah penstabilan dan pembinaan kekuatan pasukan itu.

Perkara itu dilaporkan wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, dalam satu hantaran X sebentar tadi.

Advertisement

Selain itu, selepas kandas dalam separuh akhir Piala Malaysia dan harapan untuk menamatkan Liga Super selaku naib juara kian tipis, Gergasi Merah kini memberikan fokus sepenuhnya untuk memburu slot final Kejohanan Kelab Asian (ACC) Shopee Cup.

Mereka akan bertemu kelab Vietnam, Nam Dinh, bagi dua aksi separuh akhir bulan depan.

Ikuti Nadi Arena pada jam 7.30 malam ini untuk butiran terperinci.

 

Must Watch Video