Skip to main content
Advertisement

Pickleball

Kidslympic: Pickleball kini sebahagian ekosistem

j

Selepas tiga tahun Kidslympic wujud, akhirnya sukan pickleball dimasukkan dalam senarai sukan yang dipertandingkan dalam ekosistem Kidslympic menerusi pengenalan Empire Nextgen Series Championship 2026.

Pengasas Bersama Kidslympic, Wong Kang Woon, menganggap penganjuran ia sejajar dengan pickleball menjadi antara sukan yang tular ketika ini, sekali gus menawarkan satu pengalaman kepada anak kecil untuk bertanding di samping atlet luar negara menjelang ke temasya Kidslympic Malaysia 2026.

"Banyak sukan baru yang menjengah pasaran dan kami ingin membina ekosistem yang betul.

"Pickelball seringkali dikaitkan dengan sukan orang dewasa tetapi kanak-kanak juga terlibat atas faktor keluarga.

"Kami akan menilai terlebih dahulu dalam kejohanan ujian ini sebelum acara sebenar pada Ogos depan.

"Juara berpeluang mewakili Malaysia dalam Kidlympic Malaysia pada Oktober depan," katanya.


Dalam masa sama, selaku antara penganjur, adalah menjadi satu tanggungjawab Mah Jin Hou dalam memperkasakan lagi sukan di peringkat kanak-kanak.

Lebih-lebih lagi apabila ia juga menarik penyertaan pasukan dari luar negara untuk memberi sokongan terhadap usaha memupuk minat dalam sukan dalam kalangan kanak-kanak.

"Hari ini kami mengadakan kejohanan berskala kecil.

"Kami merancang mengadakan lebih banyak kategori yang boleh mencapai 64 pemain pada Ogos depan memandangkan mendapat sambutan hangat," kata Pengasas Bersama Sports Empire itu.

Tambah Penasihat Sports Empire, Datuk Lawrence Teo: "Kami akan memperkenalkan sukan ini di sekolah. Kemudian mereka akan berpatah balik ke akademi dan menyertai pertandingan, sekali gus membuka peluang untuk mereka mewakili negara."
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video