Skip to main content

Berita Sukan Am

KIDSLYMPIC kini masuki penganjuran musim ketiga

KIDSLYMPIC kini masuki penganjuran musim ketiga

KIDSLYMPIC Malaysia terus mengorak langkah dalam pembangunan sukan akar umbi apabila memasuki musim ketiga penganjurannya sebagai temasya sukan pelbagai disiplin khusus buat kanak-kanak di negara ini.

Inisiatif nasional itu kini semakin mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa dan komuniti sukan apabila berjaya menyediakan platform pembangunan belia menerusi pelbagai siri penganjuran sepanjang tahun.

Sejak diperkenalkan, Kidslympic memberi fokus kepada pembangunan bakat muda melalui sukan-sukan utama seperti acara larian, ping-pong dan terbaharu, pickleball yang semakin mendapat perhatian generasi muda.

Terbaharu, pengenalan siri Malaysia Beach Games 2026 di bawah penjenamaan Kidslympic membuka dimensi baharu dalam pembangunan sukan kanak-kanak apabila membawa konsep sukan pantai ke Langkawi.

Penganjuran tersebut secara tidak langsung memberi akses lebih luas kepada masyarakat setempat untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan selain memperkenalkan gaya hidup sihat sejak usia muda.

Visi dan misi yang dibawa Kidslympic dilihat selari dengan objektif utama organisasi itu dalam menjadikan sukan sebagai medium terbaik membentuk disiplin, sahsiah diri dan keyakinan generasi baharu.

Selain aspek pembangunan fizikal, Kidslympic turut memberi penekanan kepada pembinaan karakter serta semangat kesukanan dalam kalangan peserta sejak peringkat awal.

Temasya sukan kanak-kanak edisi sukan pantai itu juga berjaya mencuri perhatian ramai apabila menerima sambutan luar jangkaan daripada peserta dan ibu bapa dari seluruh negara.

Kejayaan penganjuran Malaysia Beach Games 2026 sekali gus membuktikan sukan kanak-kanak kini semakin berkembang dan mampu memberi impak positif terhadap pembangunan komuniti serta industri sukan negara.

Pengasas bersama Kidslympic, Wong Kang Woon berkata sambutan diterima sepanjang tiga musim penganjuran menjadi bukti masyarakat kini semakin sedar tentang kepentingan sukan dalam pembangunan anak-anak.

Menurutnya, Kidslympic bukan sekadar platform pertandingan, sebaliknya ruang untuk kanak-kanak belajar mengenai nilai disiplin, kerja berpasukan dan keyakinan diri menerusi pengalaman sukan.

Tambah beliau, Kidslympic akan terus memperluaskan lagi penganjuran sukan pelbagai disiplin pada masa akan datang bagi memastikan lebih ramai kanak-kanak mendapat manfaat daripada program pembangunan sukan tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

Related Topics

Must Watch Video