Jaguh renang negara, Khiew Hoe Yean, mengakhiri 2025 dengan penutup cemerlang apabila berjaya meraih dua pingat emas dalam Sukan SEA Thailand, masing-masing dalam acara 200 meter (m) dan 400m gaya bebas, Disember lalu.
Kejayaan itu menjadi pembakar semangat menjelang cabaran lebih besar iaitu Sukan Komanwel Glasgow serta Sukan Asia Aichi-Nagoya, Jepun.
Advertisement
Namun, bintang Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2024 itu masih menunggu keputusan pihak berwajib mengenai pengganti Eric Anderson sebagai ketua jurulatih, dan berharap perkara itu dapat diselesaikan segera bagi memastikan persediaannya tidak terjejas.
Untuk rekod, sepanjang bersama skuad kebangsaan, dia pernah dibimbing Zhang Hongbo, Chris Martin, Damien Jones, Eric Anderson dan kini di bawah kendalian Magnus Anderson.
"Sering bertukar jurulatih adalah perkara yang tidak bagus.
"Saya berharap dapat memiliki jurulatih untuk jangka masa panjang.
"Saya tidak nampak apa-apa manfaat jika jurulatih kerap bertukar setiap dua tahun
"Saya sedang melakukan persiapan untuk menghadapi Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun ini," katanya di Nadi Arena.