Skip to main content

Bola Sepak

Khabib Nurmagomedov bidas 'budak manja' di Real Madrid punca Alonso dipecat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Real Madrid

Khabib Nurmagomedov melancarkan kritikan pedas terhadap barisan bintang Real Madrid selepas Xabi Alonso dipecat berikutan kekalahan Piala Super Sepanyol kepada Barcelona, kelmarin.

"Setahun yang lalu, mereka merayu kepadanya. Sekarang mereka telah memecatnya. Kerana budak-budak manja ini. Xabi, anda yang terbaik," tulisnya di Instagram.

Advertisement

Sehari selepas tewas kepada musuh ketat itu, kelab ibu kota Sepanyol terbabit memutuskan untuk berpisah dengan Alonso, hanya lapan bulan selepas memeterai kontrak selama tiga tahun, walhal bekas pengurus Bayer Leverkusen itu dibawa masuk oleh Los Blancos atas kemampuannya menerapkan corak permainan menarik di Jerman.

Lantas, bekas jaguh seni mempertahankan diri itu mengkritik mutu disiplin di bilik persalinan Madrid yang mempengaruhi pemecatan Alonso, bukan berpunca daripada prestasi pasukan.

"Jika anda datang ke gimnasium atau ke padang, tidak kira sama ada anda seorang pejuang atau pemain bola sepak -- ketua jurulatihlah yang bertanggungjawab.

"Tetapi jika suasana dalam pasukan anda tidak membenarkan semua orang untuk mengikuti arahan anda, maka anda pasti tidak berada di landasan yang betul.

"Saya percaya Alonso adalah antara tiga jurulatih terbaik dalam bola sepak moden. Andai sesebuah pasukan tidak bekerjasama dengannya, anda perlu menukar pemain, bukannya jurulatih.

"Saya yakin tiada jurulatih yang mampu menangani skuad sedemikian di Real. Anda perlu menyingkirkan pemain yang tidak sependapat."

 

 

Must Watch Video