Skip to main content

Bola Sepak

KFA mohon maaf susulan dakwaan sediakan ‘khidmat seksual’ kepada pengadil

KFA mohon maaf susulan dakwaan sediakan ‘khidmat seksual’ kepada pengadil

Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) tampil memohon maaf susulan laporan media yang mendakwa badan induk itu pernah menyediakan layanan tidak wajar termasuk ‘khidmat seksual’ kepada pengadil asing ketika mereka berada di Korea Selatan untuk tugasan antarabangsa lebih sedekad lalu.

Laporan penyiar Korea Selatan, JTBC, mendakwa perkara itu berlaku dalam beberapa kejadian antara 2011 hingga 2012, termasuk ketika pengadil terbabit berada di negara itu bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik London 2012.

KFA dalam kenyataan pada Sabtu mengakui kes tersebut telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

“Kami memohon maaf sedalam-dalamnya kerana menimbulkan kebimbangan berhubung pelbagai isu melibatkan persatuan,” menurut KFA.

Laporan JTBC turut merujuk kepada siasatan Kementerian Sukan Korea Selatan pada 2016 yang didakwa mendapati KFA menyediakan hiburan tidak wajar kepada pengadil asing dalam tujuh kejadian antara Mac 2011 hingga Mac 2012.

Antara dakwaan yang dikemukakan termasuk kunjungan ke pusat urutan, dengan bayaran yang dikatakan turut merangkumi perkhidmatan seksual.

Bagaimanapun, KFA menegaskan bahawa perbuatan sedemikian tidak lagi berlaku pada masa kini.

“Persatuan menjelaskan bahawa tingkah laku tidak wajar seperti ini, atau penggunaan kad korporat untuk tujuan tersebut, sama sekali tidak berlaku pada masa ini,” kata badan itu.

KFA turut menyatakan bahawa laporan berhubung kejadian lebih sedekad lalu muncul ketika organisasi berkenaan sedang berdepan penelitian lebih ketat susulan beberapa isu lain.

Antaranya termasuk siasatan berkaitan proses pelantikan Hong Myung-bo sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan.

Polis Seoul pada Khamis dilaporkan menyerbu pejabat KFA sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung pelantikan Hong.

Hong kembali mengendalikan skuad kebangsaan pada 2024 selepas pernah memegang jawatan sama antara 2013 hingga 2014.

Pelantikannya sebelum ini turut dipersoalkan selepas KFA menghentikan proses pencarian jurulatih asing yang berlangsung selama beberapa bulan sebelum memilih Hong susulan satu pertemuan yang singkat.

Kontroversi tersebut kembali mendapat perhatian selepas Korea Selatan mencatat kempen Piala Dunia yang mengecewakan apabila tersingkir di peringkat kumpulan.

Perkembangan terbaharu ini sekali gus menambah tekanan terhadap KFA untuk menjelaskan secara terbuka isu-isu pentadbiran yang berlaku dalam badan induk bola sepak negara itu.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video