Skip to main content
Advertisement

Olahraga

Ketua jurulatih pecut kebangsaan beri pandangan peluang Azeem Fahmi ke LA28

ll
Advertisement

Azeem Fahmi mampu ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028, tetapi kita perlu realistik'.

Demikian penjelasan ketua jurulatih pecut kebangsaan, Thabo Matebedi, menzahirkan keyakinan bahawa Raja Pecut negara itu akan layak ke LA2028.

Advertisement

Matebedi juga percaya tidak mustahil untuk Azeem melakukan catatan di bawah 10 saat untuk layak ke Kejohanan Olahraga Dunia tahun depan.

Bagaimanapun, ia akan bergantung kepada keadaan Azeem dan masa yang dimilikinya, sambil berharap semua pihak bersikap terbuka dan realistik untuk melihat perkembangan jangka panjang demi kepentingan sukan olahraga Malaysia dan Azeem sendiri.

Advertisement

"Kita perlu realistik dan kalau hendak melayakkan diri, dia perlu capai catatan 9.0 saat.

"Ia tidak mustahil, tapi kita perlu mengambil kira mengenai tempoh persiapannya selain perlu pastikan kepentingan negara dan Azeem," katanya di Nadi Arena.

Matebedi turut mendedahkan Azeem akan mendapat pelepasan hari ini dan kembali menjalani latihan minggu depan.

Bagaimanapun, dia menganggap keputusan Azeem untuk tidak mengambil bahagian dalam Sukan Universiti Asean (AUG) pada Disember depan sebagai satu keputusan tepat.

"Saya bersetuju dengan tindakannya yang tidak akan mengambil bahagian.

"Saya harap doktor beri lampu hijau kepadanya hari ini agar dia boleh kembali berlatih minggu depan.

"Sebagai persiapan tahun depan, kami mahu mengadakan persediaan yang khusus.

"Kalau dia mula bersaing pada Disember maka dia tiada masa untuk mengadakan persiapan musim depan," katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video