Skip to main content

Bola Sepak

Ketua jurulatih label Terengganu belum capai standard

,.LL
Advertisement

'Ini bukan standard kami.'

Demikian luahan ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain, yang menilai pasukannya mampu untuk menguasai kedudukan yang lebih baik selepas mengharungi lima perlawanan Liga Super.

Advertisement

Sang Penyu mengalami kekalahan kedua musim ini selepas tewas 0-3 kepada juara bertahan, Johor Darul Ta'zim  (JDT) di Gong Badak, malam tadi.

Tanpa berselindung, Nafuzi mengakui ia bukanlah permulaan baik buat skuad Peteh yang hanya mencatatkan satu kemenangan, iaitu ketika menewaskan Melaka 3-0 dalam aksi pembukaan pada 22 Ogos lalu.

Advertisement

Dan ketika mengulas pertemuan menentang JDT, Nafuzi tidak menganggap Terengganu beraksi buruk, sebaliknya berpuas hati dengan komitmen dan kerja keras yang ditampilkan anak buahnya meskipun turun beraksi tanpa lima tonggak utama susulan kecederaan.

Pengendali kelahiran Kelantan berusia 47 tahun itu turut menggesa pasukannya agar segera bangkit meraih keputusan positif menjelang perlawanan seterusnya berdepan Sabah di Likas, 31 Oktober depan.

"Selepas lima perlawanan, kami mendapat lima mata -- saya rasa bukan standard kami.

"Kami sepatutnya boleh buat lebih baik dan berada di atas. Banyak perkara yang perlu berubah untuk kami bersaing.
.
"Selepas lima perlawanan, kami kena tahu elemen yang perlu untuk penambahanbaikan dan lihat pasukan di atas -- mengapa mereka di sana.

"Kami perlu konsisten dan berkeyakinan agar dapat bermain seperti malam ini -- Insya-Allah kami akan dapat keputusan yang lebih baik," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Sementara itu di kem pelawat, pengendalinya, Xisco Munoz, nyata gembira dengan persembahan barisannya yang mengekalkan rekod bersih tanpa bolos dalam enam perlawanan liga setakat ini.

Penyerang berbisa Harimau Selatan, Bergson da Silva, Oscar Arribas dan Shahab Zahedi masing-masing mencetak satu gol peribadi untuk memastikan tiga mata berharga dibawa pulang ke Iskandar Puteri.

"Malam yang positif kerana sentiasa sukar setiap kali bertemu Terengganu.

"Kami akan teruskan momentum sama. Satu lagi aksi tanpa bolos dan inilah nilai JDT.

"Kami bukan hanya perlukan kesebelasan, kami perlukan 20 pemain dan pemain simpanan yang dimasukkan perlu pamer kualiti serupa.

"Kami sebuah pasukan mantap maka tuntut mental kuat dalam soal bertahan serta menyerang," katanya pula.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video