Skip to main content

Bola Sepak

Kesudahannya? Masih misteri, konflik gelaran dua negara FIFA, CAS kata...

SOCCER-NATIONS-SENEGAL:Soccer-CAS ruling on Africa Cup of Nations final expected at end of November
Advertisement

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) kata tunggu!

Keputusan rayuan Senegal berkenaan pelucutan gelaran Piala Negara-negara Afrika (AFCON) akan diketahui selewat-lewatnya pada November.

Advertisement

Untuk makluman, CAS telah meneliti dan mendengar hujah daripada pihak Maghribi serta Senegal yang mencabar keputusan Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) pada 8 Oktober lalu.

Rata-rata peminat berdebar menantikan keputusan CAS yang menjadi misteri siapakah yang akan menang.

Advertisement

Terdahulu, Senegal mencabar CAF yang mengisytiharkan Maghribi sebagai juara 3-0, walaupun Senegal menewaskan pasukan tuan rumah 1-0 selepas masa tambahan dalam perlawanan akhir di Rabat itu.

Senegal bertindak keluar dari padang selama 14 minit selepas sepakan penalti diberikan menentang mereka pada lewat masa permainan sebenar; beberapa pemain kembali ke bilik persalinan sebagai tanda protes sebelum mereka menyambung semula permainan.

Maghribi gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut, menyebabkan perlawanan berlanjutan ke masa tambahan, di mana Senegal menjaringkan gol kemenangan untuk mengesahkan kejayaan mereka.

Bagaimanapun, mereka dilucutkan kejuaraan itu dua bulan kemudian selepas Lembaga Rayuan CAF memutuskan bahawa Senegal dianggap menyerah kalah dalam perlawanan tersebut akibat tindakan keluar dari padang; keputusan asal dibatalkan dan kemenangan 3-0 diberikan kepada Maghribi.

Senegal segera mengemukakan rayuan kepada CAS pada 25 Mac.

Kedua-dua pasukan itu turut bertanding dalam Piala Dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2026 pada Jun lalu.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video