Skip to main content

E-Sukan

Keserasian kunci utama CG Esports menjelang Kejohanan Dunia M7 di Jakarta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cg

Menjelang Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang-Bang M7 di Jakarta, Indonesia, pasukan CG Esports siap siaga membuka kempen sulung dalam pentas 'Siri M'.

Kemajuan CG cukup luar biasa daripada episod pembentukan pasukan diketuai pengaruh Cikugais sehingga menjuarai Liga Akademi MLBB sebelum menyambar slot ke M7 selepas layak ke grand final MPL Malaysia musim 16.

Advertisement

Untuk rekod, wakil negara masih mencari kejuaraan sulung Siri M selepas dikecewakan sebanyak enam kali di pentas global.

Meskipun status CG di pentas elit dunia sebagai 'pendatang baru' namun api perjuangan untuk mengibarkan bendera Malaysia mengatasi segalanya.

Kurang setahun hasil pembentukan pasukan sehingga layak secara merit ke Kejuaraan Dunia, Cikugais kembali ke pentas Siri M selepas kali terakhir beraksi di M4 adalah Ketika bersama Todak.

CG mengetengahkan tagline 'Besar Daripada Ego' merujuk kepada nilai dan integriti yang dipegang barisan kejurulatihan dan pemain dalam misi lakar sejarah baru di M7.

Meskipun CG diundi bertemu satu lagi wakil negara, SRGOG Esports dalam pusingan pertama Swiss Stage, aspirasi untuk layak ke peringkat kalah mati tidak akan pudar dan kekal membara dalam jati diri pemain.

"Jika tanya rasa kerdil ataupun tidak, saya tidak rasa begitu. Kerana kami yakin dengan keupayaan pasukan, apa yang kami boleh berikan.

"Ini masa yang terbaik, kami ada keserasian terbaik dalam pasukan. Saya tidak kisah kata orang mahu label apa mengenai pasukan kami, kami fokus kepada pasukan." kata ketua jurulatih CG Esports, Fikri Aiman Khidzir atau dikenali Rain.

Must Watch Video