Skip to main content

Sukan Lain

Kes wartawan Malaysia jadi 'korban kekerasan' tular di Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haresh

Berita serangan ke atas wartawan sukan, Haresh Deol, yang berlaku di ibu kota baru-baru ini tular sehingga ke Indonesia.

Dalam laporan media di negara seberang itu berkongsikan: "Jurnalis Malaysia lantang kritik naturalisasi pemain menjadi 'korban kekerasan' diserang tiga individu" lapornya.

Advertisement

Berdasarkan kemaskini terbaru, seorang penghantar barang ditahan dan mengaku bersalah selepas sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Haresh, dengan siastan lanjut sedang dijalankan.

Wartawan berusia 43 tahun itu mengalami kecederaan ringan sebelum membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

 

 

 

Dalam laporan terbaru, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata, walaupun seorang suspek sudah dituduh di mahkamah, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti dan menahan semua yang terlibat dalam kejadian tersebut.

"Walaupun suspek telah dituduh, siasatan masih berjalan kerana pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, iaitu secara bersama.

"Kita sedang mengesan saki baki individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini." ujarnya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Must Watch Video