Skip to main content

Bola Sepak

Kes rogol: Bekas bintang Arsenal tetap mengaku tak bersalah dua lagi pertuduhan

Partey

Pemain Villarreal, Thomas Partey, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan tambahan melibatkan kes rogol tatkal hadir di mahkamah London pada semalam.

Bekas tonggak Arsenal itu sebelum ini menafikan lima tuduhan rogol berkaitan dengan dua wanita, serta tuduhan serangan seksual terhadap wanita ketiga, antara 2021 dan 2022.

Advertisement

Pemain tengah berusia 32 tahun itu kemudiannya didakwa dengan dua lagi kesalahan merogol berkaitan dengan pengadu keempat pada Disember 2020, yang mana dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Mahkota Southwark.

Partey dibebaskan dengan ikat jamin sebelum perbicaraannya, yang dijadualkan bermula pada bulan November tetapi mungkin ditangguhkan.

Walaupun berdepan kes undang‑undang, Partey masih berada di bawah jaminan polis dan tidak dilarang untuk meneruskan kerjaya profesionalnya, termasuk bersama Villarreal dan skuad kebangsaan Ghana, selagi syarat jaminan dipatuhi.
 

Must Watch Video