Bekas pemain kebangsaan, Mohd Rozaimi Abdul Rahman, difahamkan mengumumkan persaraannya daripada kancah bola sepak profesional pada usia 34 tahun hari ini.
Menerusi laman Instagram miliknya, dia berkongsikan: "Kerjaya bola sepak profesional telah berakhir. #rozaimiabdrahman #retire #11." katanya.
Pemain Muda Terbaik Liga Malaysia 2012 itu sebelum ini melakukan debut bersama Malaysia pada 2012, serta pernah menyarung jersi Sarawak, Selangor, Johor Darul Ta'zim, Kedah Darul Aman dan Sabah sepanjang kariernya.
Sepanjang bersama skuad B-23 negara, dia telah merekodkan 19 gol sepanjang 22 penampilan, serta memenangi anugerah kasut emas di Kejohanan Pestabola Merdeka edisi ke-41 pada tahun 2013.
Untuk rekod, pemain kelahiran Bongawan yang pernah diberikan jolokan 'Neymar Malaysia' itu pernah mencatatkan nama selaku penjaring terbanyak dalam dalam kempen Kelayakan AFC B-22 sebelum terlibat dalam sebuah kemalangan serius pada 2015 yang memberikan kesan pada kariernya.