Skip to main content

Berita Sukan Am

Kerajaan peruntuk RM10 juta, ini 'durian runtuh' lebih menyeluruh bakal diterima atlet negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Dr Taufiq

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, hari ini mengumumkan tambahan peruntukan RM10 juta bagi memperluaskan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).

Peruntukan berkenaan menyaksikan SHAKAM kini merangkumi pemberian yang lebih menyeluruh tanpa sebarang diskriminasi terhadap mana-mana golongan.

Advertisement

Dengan peruntukan itu, kadar minimum bagi pemenang pingat gangsa Sukan SEA, kini meningkat kepada RM10,000 manakala pemenang pingat emas akan menerima RM20,000 bagi emas pertama mereka selain RM3,000 buat pemenang gangsa.

Ganjaran bagi pemenang emas Kejohanan Dunia pula kini bernilai RM40,000, perak dengan RM20,000 dan RM10,000 buat pemenang gangsa.

Sementara itu, SHAKAM kini turut meliputi cabang e-sukan dengan pemenang pingat emas Sukan Olimpik E-Sukan dan Sukan Olimpik musim sejuk akan menerima RM80,000, perak dengan RM40,000 dan gangsa menerima RM20,000.

Ganjaran bagi Sukan Asia dan Para Asia Musim Sejuk pula sama seperti nilai ganjaran Kejohanan Dunia.

Dalam pada itu, SHAKAM turut mengenalkan inisiatif baru buat sukan orang pekak negara.

Bagi pemenang pingat Deaflympics, mereka akan menerima jumlah ganjaran sama dengan pemenang pingat Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Olimpik E-Sukan.

Di peringkat Sukan Orang Pekak Asia Pasifik, pemenang emas akan menerima RM10,000, perak menerima RM5,000 dan gangsa menerima 3,000.

Tidak dilupakan pemenang pingat bagi Sukan Orang Pekak Asia Tenggara dengan pemenang emas akan menerima RM5,000, RM3,000 buat pingat perak dan RM1,000 buat pingat gangsa.

Selain itu, SHAKAM juga memperkenalkan Skim Hadiah Kemenangan Atlet Remaja (SHAKAR) bagi Sukan Olimpik Remaja, Sukan Remaja Asia, Sukan Remaja Para Asia dan buat kesemua kejohanan utama remaja di peringkat Asia, Komanwel dan Para Asia.

Senarai penuh ganjaran:

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video