Skip to main content

Bola Sepak

Kerajaan perlu main peranan tangani krisis kewangan bola sepak tempatan, kata pemerhati sukan

Kerajaan perlu main peranan tangani krisis kewangan bola sepak tempatan, kata pemerhati sukan

Krisis kewangan yang terus menghantui bola sepak negara ketika ini dilihat bukan semata-mata berpunca daripada kelemahan pengurusan kelab, tetapi turut berkait rapat dengan dasar serta keputusan yang pernah dibuat di peringkat kerajaan.

Selepas pengharaman penajaan melibatkan produk arak dan rokok yang suatu ketika dahulu menjadi antara sumber kewangan terbesar kepada persatuan dan kelab bola sepak tempatan, ramai melihat impaknya cukup besar terhadap kestabilan industri bola sepak negara.

Advertisement

Langkah tersebut sememangnya dibuat atas faktor kesihatan awam dan tanggungjawab sosial, namun persoalan utama yang terus dibangkitkan adalah -- apakah pelan alternatif yang dibawa kerajaan bagi menggantikan kehilangan sumber pendapatan besar tersebut?

Pensyarah dan Pakar Sukan dari Universiti Malaya, Dr Mohamad Faithal Hassan, berpandangan kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia perlu memainkan peranan lebih besar dalam membantu menstabilkan ekosistem bola sepak tempatan.

Menurutnya, kehilangan penajaan besar tanpa penggantian model ekonomi yang jelas memberi kesan domino kepada kelab, pemain dan keseluruhan struktur liga.

Dalam masa sama, Faithal turut berpandangan bahawa bantuan atau sokongan kepada industri bola sepak tidak semestinya perlu dilihat sebagai 'ganti rugi' semata-mata, sebaliknya boleh dinilai dari sudut kebajikan sosial, pembangunan belia dan kepentingan ekonomi sukan negara.

Pendekatan lebih strategik serta lestari diyakini mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap keperluan kerajaan membantu industri bola sepak yang kini berdepan cabaran semakin kompleks.

Must Watch Video