Skip to main content

Bola Sepak

Keputusan CAS: 'Sampai sekarang kita tidak tahu siapa yang beri kepada FAM'

FAM

Peguam sukan, Richard Wee, menjelaskan pelbagai spekulasi timbul susulan tidak ada penjelasan rasmi mengenai pihak yang bertanggungjawab melakukan pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain Malaysian Abroad.

Semalam, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengekalkan sebahagian rayuan oleh tujuh pemain terhadap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), mengenai sekatan kerana memalsukan dokumen naturalisasi dan kelayakan.

Advertisement

Panel CAS memutuskan bahawa tujuh pemain tersebut akan menerima penggantungan selama 12 bulan, tetapi daripada perlawanan rasmi sahaja dan bukan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak.

Antara tujuh pemain yang disabitkan kesalahan adalah Facundo Tomes Garces Rattaro, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Gabriel Felipe Arrocha, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Setiap pemain didenda CHF2,000 (RM10,000) serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak. Manakala Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pula dikenakan hukuman sebanyak RM1.8 juta.

 

 

 

 

 

Terdahulu, Tengku Muda Pahang, YAM Tengku Muda Abdul Rahman Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah, mengakui pernah memainkan peranan dalam pengenalan tujuh pemain warisan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Baginda menegaskan bahawa semua cadangan itu dibuat dengan niat untuk memperkukuhkan skuad kebangsaan dan memberi peluang kepada bakat berdarah Malaysia di luar negara untuk berkhidmat kepada tanah air.

"Tengku telah memberikan penjelasan bahawa ini adalah cadangannya, ini bermakna seseorang telah menyalahgunakan, berdasarkan laporan. Siapa mereka ini?

"Apabila datang kepada FAM pula, FAM pula mengadu bukan mereka, mungkin ejen dan sebagainya,

"Sampai sekarang kita tidak tahu siapa yang beri (maklumat) kepada FAM, jadi saya minta maaf jika perkataan saya tidak betul atau melulu, tetapi kita memang tidak tahu siapa yang beri kepada FAM dan apabila tidak tahu jadi terpaksa membuat spekulasi." katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

 

Must Watch Video