Keputusan rayuan melibatkan tujuh pemain Harimau Malaya dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akhirnya menemui titik akhir apabila Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) memutuskan untuk melonggarkan hukuman penggantungan terhadap tujuh pemain berkenaan, namun pada masa sama mengekalkan denda sekitar RM1.8 juta yang perlu dibayar oleh badan induk itu ekoran pemalsuan dokumen.
Sehubungan itu, tumpuan kini terarah kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi menentukan kedudukan FAM dan skuad kebangsaan, sementara Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk mengetahui tindakan lanjut melibatkan empat pemain yang beraksi bersama kelab tempatan.
Advertisement
CAS hanya mengubah sebahagian hukuman, namun tindakan lanjut masih boleh diambil oleh konfederasi dan penganjuran domestik.
Facundo Garces, Gabriel Arrocha, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel perlu meneruskan penggantungan 12 bulan. Berbanding denda oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini yang melarang daripada sebarang aktiviti bola sepak, kini mereka tetap boleh terlibat menjalani latihan dan bermain bersama kelab, namun tidak dibenarkan menyertai sebarang perlawanan rasmi seperti kempen liga, dan kejohanan domestik, perlawanan persahabatan di bawah kalendar FIFA serta pertandingan rasmi seperti kelayakan mahupun kejohanan asal.
Antara kebarangkalian hukuman yang boleh dikenakan oleh AFC adalah;
1. Pembatalan keputusan perlawanan rasmi.
Dua kemenangan oleh skuad kendalian Peter Cklamovski menentang Nepal dan Vietnam dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 boleh ditarik dan pihak lawan mendapat kemenangan percuma 3-0.
2. Penolakan mata kempen.
3. Tersingkir daripada kempen, dan berkemungkinan tidak dapat berjuang dalam kelayakan edisi selepas 2027.
4. AFC juga boleh menjatuhkan denda tambahan kepada FAM.
Ia melibatkan tambahan bayaran atau sebarang kesilapan dalam pentadbiran boleh membawa kepada siasatan baru.
5. Larangan pentadbiran.
Pegawai yang terlibat dalam isu dokumentasi boleh digantung daripada aktiviti bola sepak, sekali gus diharamkan terlibat dalam urusan pentadbiran.
6. Sekatan daripada Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) atau ACL2. Kelab terlibat berpotensi dikenakan hukuman daripada segi penolakan mata atau kemenangan ditarik.
Senario terburuk boleh berlaku sekirangan AFC mengambil pendekatan keras iaitu membatalkan keputusan Kelayakan Piala Asia, seterusnya disingkirkan.
Ranking keseluruhan FIFA terjejas. Persepsi negatif daripada kebanyakan negara.
Bagi sudut MFL selaku penganjur kancah domestik seperti Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan lain-lain pula. Berikut merupakan antara kemungkinan besar boleh berlaku.
1. Penguatkuasaan larangan pemain.
2. Pemotongan mata, mahupun kemenangan.
3. Siasatan pendaftaran kuota tempatan dan import.
Ini sekadar khabar angin kerana belum ada pengesahan rasmi daripada AFC dan MFL setakat ini. Dijangka, keputusan bakal dibuat dalam masa terdekat.