Kepimpinan baharu Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL) kini menjadi tumpuan dengan sokongan, insentif dan kemudahan latihan dilihat sebagai faktor penentu masa depan pembangunan bakat berbasikal di Kuala Lumpur (KL).
Menjelang Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) PBKL yang bakal menyaksikan pertukaran tampuk pimpinan tertinggi, pelumba berbasikal trek KL, Julian Kang, mengharapkan sokongan pantas daripada presiden serta barisan kepimpinan baharu selepas dilantik.
Advertisement
Ketika ini, mereka berdepan kekangan dana yang terhad dan mengimpikan sokongan lebih menyeluruh daripada pihak pengurusan bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 serta kejohanan-kejohanan penting pada masa akan datang.
“Jika dibandingkan dengan sebelum ini, jumlah pelumba yang berlatih bersama kami jauh lebih ramai. Namun ketika ini, hanya tinggal kira-kira 10 orang sahaja, mungkin disebabkan mereka merasakan tiada kelebihan untuk menyertai pasukan.”
“Jika kepimpinan baharu mampu menawarkan insentif yang lebih baik serta peralatan yang lebih lengkap, ia sudah tentu akan lebih menarik minat bakat baharu untuk menyertai pasukan," katanya.