Skip to main content

Badminton

Kento Momota bakal kembali daripada persaraan?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kento momota

Bekas juara dunia dua kali dari Jepun, Kento Momota, dilaporkan bakal kembali daripada persaraan dan mengikuti kejohanan dalam masa terdekat ini.

Terdahulu, bekas pemain nombor satu dunia itu menggantung raketnya pada usia 29 tahun susulan bergelut dengan prestasi dan mendapatkan rentak terbaiknya.

Advertisement

Untuk rekod, dia terlibat dalam sebuah kemalangan beberapa jam selepas menjulang Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2020 ketika menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Malah, selepas kemalangan itu memberikan kesan apabila dia mengalami masalah penglihatan berganda -pemandu kereta itu terbunuh dan Momota memerlukan pembedahan untuk membaiki soket matanya yang retak-, sebelum bersara daripada pasukan kebangsaan Jepun selepas beraksi di Piala Thomas di China pada April tahun lalu.

Pencapaian terbaik Momota yang kini berusia 31 tahun itu adalah ketika memenangi 11 kejuaraan pada 2019 dan hanya tewas enam daripada 73 perlawanan yang disertainya tahun itu.

"Saya akan beraksi dalam kejohanan dalam masa terdekat. Saya baru pulih daripada pembedahan kecederaan tulang belakang baru-baru ini.

"Sekarang saya berada dalam keadaan baik." katanya seperti dilaporkan media tempatan.

Badminton

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu

Ringan, seimbang & tahan lasak — raket Yonex ni sesuai untuk training mahupun perlawanan.


Grab Sekarang

Must Watch Video