Skip to main content

Badminton

Kenneth Jonassen syukur kepulangan Ng Tze Yong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Kenneth

Setelah lama menunggu, akhirnya kelibat pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, kembali menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

Ketua jurulatih perseorangan negara, Kenneth Jonassen, menganggap ia perkembangan positif apabila Tze Yong kini dalam fasa menyesuaikan diri dalam  gelanggang dan berharap proses pemulihannya berjalan dengan baik.

Advertisement

"Hari ini merupakan permulaan untuk latihan gerakan kaki. Saya mahu menguji dan berbincang tentang perkembangan seterusnya.

"Dia juga sedang melalui latihan lompatan yang dikendalikan Institut Sukan Negara (ISN) dan menunjukkan peningkatan positif," katanya.

Sementara itu, susulan kenyataan daripada Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei, berkenaan beberapa jurulatih yang bakal dibawa masuk menguatkan lagi struktur kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) termasuk kenaikan pangkat Datuk Tey Seu Bock daripada pasukan remaja ke kem perseorangan senior.

Pengendali kelahiran Denmark itu tampil menerangkan ia juga sebagai usaha untuk melancarkan proses peralihan atlet remaja ke senior.

"Ini adalah laluan yang sangat penting.

"Kami ada jurulatih yang berpengalaman.

"Perkara yang paling sukar adalah untuk bertukar transisi daripada remaja ke senior.

"Pemain junior akan mula menyertai kejohanan-kejohanan besar. Sebab itu kami memerlukan lebih banyak tenaga serta kebijaksanaan jurulatih," katanya lagi.

Must Watch Video