Skip to main content

Badminton

Kenneth Jonassen sahut rombakan barisan kejurulatihan BAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

BAM, badminton

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenneth Jonassen, mengesahkan akan berlaku rombakan dalam sektor perseorangan.

Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang bahawa pengendali dari Denmark itu akan terus kekal sebagai pengarah kejurulatihan, manakala Datuk Tey Seu Bock dijangka mengemudi sektor perseorangan lelaki.

Advertisement

Dalam masa sama, Yeoh Kay Bin yang tidak menyambung kontrak bersama Lee Zii Zia, dilaporkan bakal kembali ke badan induk itu bagi memperkukuh pembangunan pemain pelapis negara.

"Saya gembira kerana saranan agar pengukuhan struktur bagi acara tertentu diterima baik BAM.

"Saya teruja untuk perubahan ini dan 2026 pastinya ada sedikit perubahan.

"Mudah-mudahan ia memberikan hasil," katanya di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Jonassen turut menyentuh mengenai anak buahnya, Leong Jun Hao, yang mendapat kesempatan menjadi rakan sepelatih pemain India, Lakshya Sen, sebelum mengharungi Terbuka Malaysia, dua hari lagi.

Tambahnya, pendekatan latihan kini diubah secara berperingkat yang mana sebelum ini menerapkan Asia-Eropah, namun pendekatan Asia dikembalikan sedikit demi sedikit untuk memberi keselesaan kepada pemain.

"Kelibat Lakhsya menawarkan kualiti dalam latihan dalam tempoh dua hari.

"Perlawanan pertama bukan mengenai soal permainan sempurna, ia mengenai untuk menyelesaikan isu dan mencari jalan menuju kemenangan.

"Semangat juang selain kawalan permainan sangat penting untuk memberi saingan kepada pemain China," katanya. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video