Skip to main content

Badminton

Kenneth Jonassen dedah punca Leong Jun Hao tarik diri Masters Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Kenneth

Isu peribadi memaksa perseorangan lelaki nombor satu negara, Leong Jun Hao, menarik diri daripada menyertai Kejohanan Badminton Masters Indonesiadi Istora Senayan, Jakarta yang berlangsung hari ini hingga Ahad.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenneth Jonassen, mendedahkan Jun Hao berdepan kesukaran untuk tampil dengan prestasi terbaik bukan saja ketika perlawanan malah sepanjang sesi latihan.

Advertisement

Keputusan tersebut juga bagi membolehkan dia menyelesaikan isu yang ada, sekali gus mampu kembali dalam kondisi terbaik menuju ke jelajah Eropah.

"Dia sedang berdepan dengan isu kecil, namun bukan penghalang untuk terus melakukan latihan sebelum berlepas ke Indonesia.

"Itulah sebabnya kita mengambil kira situasi tersebut. Malah, tidak mahu mengambil risiko tentang perkara yang sedang dilalui.

"Jadi, dia mengambil keputusan untuk menarik diri dan mulakan latihan menjelang kejohanan seterusnya," katanya di Nadi Arena.
 

Must Watch Video