Skip to main content

Berbasikal

Kenapa ramai pelumba trek berbasikal gagal melakukan transisi ke pentas elit?

an

Memandangkan dunia sedang asyik dengan Piala Dunia FIFA 2026, izinkan penulis memetik kata-kata penyerang bola sepak Brazil, Endrick.

Di tengah-tengah desakan penyokong Brazil agar jurulatih Carlo Ancelotti menurunkan penyerang muda Real Madrid itu dalam barisan permulaan untuk Piala Dunia FIFA 2026, Endrick menegaskan “Ancelotti membuat keputusan terbaik demi pasukan, bukan demi peminat mahupun pemain individu.”

Inilah falsafah yang harus difahami apabila negara berdepan sebarang isu tanpa mengira sukan.

Dalam menangani sebarang isu status perkhidmatan jurulatih luar atau tempatan, kita harus menilai dari sudut yang objektif tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak.

Jangan kita lupa tanpa sumbangan awal jurulatih tempatan, mana-mana pakar asing tidak mampu mencungkil bakat atlet kita.

Andai jurulatih peringkat akar umbi memujuk, menggalak, mengajar dan memarahi si remaja yang juga jaguh dalam pembikinan, tugas jurulatih asing pula menerapkan disiplin, etika kerja dan strategi perlumbaan selain menjadi mentor di peringkat paling elit.

Lumrah alam, jurulatih di peringkat elit mendapat nama disebabkan kejayaan atlet di pentas Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik.

Jurulatih di peringkat akar umbi, sekolah, daerah dan kelab yang bergolok gadai mengeluarkan perbelanjaan sendiri, bergelut dengan waktu serta kudrat, menerima hakikat bahawa tugas melancarkan transisi atlet remaja ke alam dewasa terletak di bahu orang lain.

Mereka rela dan redha menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang lain, sama ada pakar asing atau tempatan.

Dalam kita meraikan kejayaan Datuk Azizulhasni Awang, Josiah, Rizal Tisin, Fatehah Mustapa dan Shah Firdaus Sahrom, jangan kita lupa banyak bakat yang juga terpinggir dan kempunan bersaing di peringkat tertinggi.

Mohd Arfy Qhairant Amran, Shariz Effendi, Mohd Firdaus Zonis, Syamil Baharum, Hamdan Hamidun, Mohd Fattah Amri Zaid, Azrul Taufik Anuar dan Mohd Fakhruddin Daud  adalah antara beberapa nama besar di pentas remaja yang tidak melakukan transisi ke kelompok elit.

Firdaus, abang kepada Fadhil, setahun lebih muda daripada Shah Firdaus tetapi membolot emas acara pecut, keirin dan 1km ujian masa sekali gus di kategori remaja Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Astana, Kazakhstan pada 2014.

Kadangkala kita harus bertanya kepada semua pemegang taruh – apa masalah kita sehingga kehilangan banyak atlet berpotensi di saat-saat genting mereka melalui proses transisi ke peringkat elit. Ini harus diperhalusi oleh MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) secara objektif.

Semua pelumba yang berpotensi wajar diberi ruang mengetuk pintu kelompok elit, tanpa mengira perbezaan pandangan dan latar belakang!

Secara peribadi, penulis berpendapat setiap individu dalam sukan prestasi tinggi ada tarikh tempoh tamatnya. Sebagaimana bintang-bintang dunia hiburan yang ada pasang surutnya.

Akhir kalam, sama ada Menteri, Ketua Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif atau Ahli Lembaga mana-mana organisasi, buatlah keputusan demi kepentingan sukan itu, bukan untuk mana-mana individu. Contohilah Ancelotti.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

Related Topics

Must Watch Video