Kepulangan skuad taekwondo negara dari Korea Selatan menjadi azimat buat Chin Ken Haw melakar kejutan di temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Kem negara berguru di Korea Selatan bulan lalu, berlatih dalam suasana dan intensiti tinggi bersama jaguh Korea.
Sesi latihan seakan mirip kejohanan utama itu berjaya memaacu prestasi atlet negara memandangkan Kejohanan Dunia dan temasya Sukan Asia berlangsung dalam tempoh yang singkat.
Saingan kejohanan dunia 2026 berlangsung dari 16 hingga 20 September 2026, manakala hari pertandingan taekwondo Sukan Asia adalah bermula dari 1 hingga 3 Oktober 2026.
Ken Haw serta Yow Mei Yee merupakan taruhan negara di Sukan Asia dalam acara poomsae dan freestyle.
"Saya rasa perkara paling penting mereka dari Korea Selatan, memandangkan ia adalah sukan berasal dari sana.
"Ramai pemain serta jurulatih berlatih di sana, jadi pengetahuan mereka mengenai taekwando sangat tinggi berbanding kami.
"Kami belajar dari mereka, mudah untuk kami tingkatkan teknik kami. Untuk freestyle, memerlukan ekspresi diri, jadi akan akan lakukan rutin kami. Jika dapat pingat ia adalah bonus." katanya.
Untuk rekod, jumlah sembilan pingat sudahpun diraih kem taekwondo negara di Sukan Asia, dengan kali terakhir pada edisi 2018 di Jakarta menerusi Yap kKhim Wen membawa pulang gangsa menerusi acara poomsae individu Wanita.