Skip to main content

Golf

Kemurahan hati penderma Golf Amal Pink Swing tingkat kesedaran, ringan derita penghidap barah payudara

ll
Advertisement

Lebih 100 pemain golf mewarnai Kejohanan Amal Golf Pink Swing di Templer Park Country Club, Rawang, hari ini, sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan mengesan barah payudara.

Kejohanan yang diadakan julung kalinya itu menghimpunkan pemimpin industri, korporat dan golongan profesional untuk bersama-sama menyertai komuniti ini sempena ulang tahun Persatuan Kebajikan Barah Payudara Malaysia (BCWA) Yang Ke-40.

Advertisement

Hujan lebat pada sebelah pagi tidak memudarkan semangat peserta untuk berkongsi pengalaman di atas lapangan selain kemudahan yang disediakan, secara tidak langsung menjadi platform untuk menghubungkan penjenamaan dan peluang perniagaan.

Dengan kutipan RM150,000, ia melebihi sasaran yang diharapkan BCWA dan sumbangan itu akan membantu organisasi tersebut untuk menghulurkan bantuan, pendidikan serta sokongan kepada penghidap termasuk keluarganya, selain menekankan kesedaran mengenai pengesan awal barah payudara.

Advertisement


"Terima kasih Templer Park Country Club atas anjuran kejohanan ini.

"Kemurahan hati penderma-penderma lebih besar beerti berbanding dana yang telah dikumpulkan.

"Ini bermakna lebih ramai wanita dan keluarga mereka akan menerima sokongan, lebih banyak komuniti yang akan menerima kesedaran mengenai pengesanan awal, malah lebih ramai yang akan tahu bahawa mereka tidak keseorangan.

"Barah payudara menjadi keutamaan kami dan hanya dengan kerjasama seperti ini, kita boleh membantu golongan yang memerlukan," kata Pengurus Besar BCWA, Sumitra Selvaraj.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video