Skip to main content

Golf

Kemenangan Amelia, Nur Husna bukti kejayaan program NJDP

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

golf

Kejayaan gemilang Amelia Lee muncul juara dalam Royal Perak Amateur Open ke-67 mengukuhkan lagi reputasi Program Pembangunan National Junior Development Programme (NJDP) MGA sebagai platform utama melahirkan pemain golf junior elit negara.

Amelia mencatatkan skor cemerlang 70, 70 dan 74, dengan jumlah 2 di bawah par, satu pencapaian yang membuktikan ketenangan, kematangan strategi dan kualiti permainan yang semakin menyerlah. Pencapaian ini meletakkan Amelia sebagai salah satu pemain junior paling konsisten dalam negara ketika ini.

Advertisement

Lebih mengagumkan, NJDP turut mendominasi carta kedudukan apabila seorang lagi pemain NJDP, Siti Nur Husna Aina Karim, menamatkan kejohanan di tempat kedua. Dominasi dua pemain NJDP di kedudukan teratas ini menjadi bukti jelas bahawa pemain-pemain NJDP sudah bersedia untuk bersaing secara kompetitif di peringkat senior, sekaligus memperlihatkan keberkesanan pendekatan latihan dan pembangunan yang dijalankan.
 

Must Watch Video