Skip to main content

Bola Sepak

Kembali ke pangkuan Negeri Sembilan, UM-Damansara United hilang khidmat Wan Kuzri

wan kuzri

UM-Damansara United terpaksa melupakan khidmat Wan Kuzri Wan Kamal bagi saingan musim baharu Liga Malaysia apabila pemain tengah itu akan dipulangkan semula kepada pasukan asalnya, Negeri Sembilan.

Presiden UM-Damansara United, Afizal Abu Othman, mengesahkan perkembangan itu sambil mengakui kehilangan pemain yang pernah berpangkalan di Amerika Syarikat berkenaan pasti dirasai selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan sepanjang tempoh pinjamannya.

Wan Kuzri menjadi antara nadi utama UM-Damansara United dalam kempen Liga A1 Semi-Pro musim lalu apabila meledak empat gol dan mencatatkan dua bantuan gol daripada 11 penampilannya.

Catatan itu membuktikan kualitinya sebagai pemain tengah yang mampu memberi impak di kawasan serangan.

Afizal berkata, pihak pengurusan mereka menghormati keputusan untuk membawa pulang Wan Kuzri ke Negeri Sembilan, namun menegaskan sumbangan pemain itu akan sentiasa dihargai oleh kelab berkenaan.

"Tahun lalu apabila pusingan kedua liga, kami dapat meminjamnya daripada Negeri Sembilan. Jadi, kami mahu mengucapkan terima kasih kepada Negeri Sembilan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Untuk musim baru ini, selepas berbincang dengan CEO Negeri Sembilan, mereka memang memerlukan kembali khidmat Wan Kuzri untuk pasukan Liga Super Negeri Sembilan.

"Bagi saya, Wan Kuzri merupakan pemain yang amat bagus dan banyak potensi untuk lebih menyerlah dalam Liga Super.

"Insya-Allah, kami juga akan mencari pemain lain seperti Wan Kuzri."

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Must Watch Video