Facundo Garcés kembali memperkuatkan benteng pertahanan Deportivo Alavés dalam saingan LaLiga minggu menerusi kemenangan ke atas Espanyol selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menangguhkan penggantungannya, bersama enam pemain warisan lain buat sementara waktu.
Kali terakhir Garcés beraksi bersama Deportivo Alavés adalah pada perlawanan minggu keenam LaLiga menentang Getafe pada 25 September 2025.
Advertisement
Hadir sebagai pemain gantian pada minit ke-46 menggantikan Carlos Protesoni dan kehadirannya ternyata meningkatkan kekuatan bahagian pertahanan Alaves.
Kehadiran Garcés membantu menstabilkan benteng pertahanan Alavés sehingga penghujung perlawanan.
Penampilannya turut dilihat memberi suntikan motivasi kepada rakan sepasukan untuk mengekalkan prestasi sehingga wisel penamat.
Hasil CAS untuk menangguhkan penggantungan Garcés merupakan berita positif buat Alavés, kerana ia membuka peluang kepada pemain berusia 27 tahun itu untuk kembali bersaing secara penuh dalam perlawanan-perlawanan Alaves akan datang.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan 2–1 memihak kepada pasukan Deportivo Alavés di Stadium RCDE, Barcelona, Sepanyol, pada hari Sabtu.
Sumber: elcorreo.com