Penjaga gol Andorra, Jesus Owono, dikenakan hukuman penggantungan selama 12 perlawanan oleh jawatankuasa disiplin Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) susulan insiden terjahan keras hingga mengakibatkan kematian pemain Tenerife, Jesus de Miguel.
Terdahulu, De Miguel dikejarkan ke unit rawatan rapi dan meninggal dunia esoknya selepas insiden Owono yang keluar meninggalkan kawasan golnya bertembung dengan De Miguel sehingga menyebabkan penyerang Tenerife itu rebah di atas padang serta-merta.
Jawatankuasa itu menyatakan Owono telah melakukan pelanggaran serius di Bawah Artikel 102 kod disiplin Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol, iaitu berkelakuan ganas terhadap pihak lawan semasa perlawanan yang mengakibatkan kecederaan serius.
🚨 𝗕𝗥𝗘𝗔𝗞𝗜𝗡𝗚: The Spanish Football Federation's Disciplinary Committee has suspended goalkeeper Jesús Owono with a 12-match ban for his tackle and red card that led to the sad demise of Jesús de Miguel. This is the maximum penalty provided for under the article governing acts of aggression.
— The Touchline | 𝐓 (@TouchlineX) November 13, 2026
"Keterangan pengadil sendiri menunjukkan betapa seriusnya tindakan itu, baik daripada segi cara ia dilakukan—dengan kaki diangkat—mahupun kekuatan impaknya, yang disifatkan secara jelas oleh pengadil sebagai keterlaluan." jelas jawatankuasa itu.
Owona menarik diri daripada skuad Equatorial Guinea bagi aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika menentang Zimbabwe bulan ini, susulan kematian De Miguel.