Skip to main content

Bola Sepak

Kemas kini: 147 pegawai kelab bola sepak digantung 45 hari

TFF
Advertisement

Jawatankuasa disiplin Persekutuan Bolasepak Turkiye (TFF) pada hari Selasa mengenakan penggantungan selama 45 hari ke atas 147 pegawai kelab — sama ada yang masih berkhidmat atau tak — kerana melanggar peraturan.

Tindakan itu merupakan sebahagian daripada siasatan menyeluruh terhadap kegiatan perjudian dan pertaruhan dalam bola sepak Turki.

Advertisement

Lembaga disiplin menjatuhkan hukuman tersebut selepas meneliti kes 448 pegawai yang dirujuk oleh badan induk itu, susulan dakwaan bahawa mereka telah meletakkan pertaruhan semasa berkhidmat di kelab masing-masing.

Jawatankuasa tersebut mendapati 147 daripada 448 individu berkenaan telah melanggar peraturan pertaruhan dan mengenakan hukuman penggantungan selama 45 hari; tempoh ini melarang pegawai bola sepak terbabit daripada menjalankan tugas dalam sukan tersebut sepanjang tempoh penggantungan.

Advertisement

TFF telah memperketat pengawasan terhadap kegiatan pertaruhan sejak satu skandal menggemparkan dunia bola sepak Turkiye pada tahun lalu. Sebagai sebahagian daripada siasatan tersebut, persekutuan itu telah menggantung 149 pengadil dan 1,024 pemain untuk tempoh masa yang berbeza-beza.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video