Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) sedang 'memperjuangkan' misi untuk mempertandingkan 18 acara di Sukan SEA Malaysia 2027 — sekali gus menyahut cabaran menjadi antara penyumbang tertinggi kontinjen negara di temasya dwitahunan itu dengan sasaran awal sekurang-kurangnya menyasarkan sebanyak enam pingat emas.
Selaku tuan rumah, Malaysia memiliki kelebihan menentukan jumlah acara dipertandingkan — dengan syarat capai persetujuan dengan negara serantau dalam satu mesyuarat jawatankuasa teknikal dalam masa terdekat.
Dalam temaysa Sukan SEA 2025 yang lalu, tuan rumah iaitu Thailand menawarkan 15 pingat emas dengan skuad negara membawa pulang dua pingat emas.
"Yang pasti ada 18 kategori yang akan bertanding dan enam daripada karate dan selebihnya bergantung pada tempoh kejohanan nanti.
"Kami akan berbincang dan mengadakan mesyuarat nanti, memandangkan venue sudah bertukar di PWTC, kami makan jemput presiden 11 negara melihat venue dan akan putuskan berapa kategori akan bertanding.
"Kali ini mungkin saya akan buka kepada semua negara untuk serta semua 18 kategori itu nanti." jelas Presidennya, Datuk Nur Azmi Ahmad.