Skip to main content

Hoki

Kelayakan Piala Dunia: The Speedy Tigers melangkah separuh akhir

NUNIS

Skuad hoki lelaki negara mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menyingkirkan China 5-4 sekali gus bergelar naib juara Pool B dalam kempen Kelayakan Piala Dunia di Ismailia, Mesir, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan anak buah Sarjit Singh muncul naib juara Pool B dengan enam mata dibelakang Pakistan selaku juara kumpulan.

Advertisement

Fitri Saari terlebih dahulu membuka tirai jaringan daripada situasi pukulan sudut penalti pada minit kelima sebelum dua gol dari China menerusi Wang Yaqi dan Zhao Yulai menutup kelebihan itu untuk China mendahului 2-1.

Begitupun, dua pukulan sudut penalti yang dinoktahkan Aiman Nik Rozemi dan Faiz Helmi Jali serta pukulan penalti Fitri Saari sekali lagi memastikan Malaysia terus selesai mendahului 4-2 dalam suku ketiga permainan.

 

 

 

 

Masuk suku terakhir pemainan menyaksikan gol Faizal Saari memacu The Speedy Tigers ke pusingan separuh akhir dengan jaringan kelima meskipun Zhao Yulai berjaya menambah jaringan pada minit akhir permainan.


Kemenangan itu menghidupkan peluang skuad hoki negara ke Piala Dunia 2026 di Belgium dan Belanda pada 14 hingga 30 Ogos depan, susulan berdasarkan format kejohanan, hanya tiga pasukan terbaik akan mara ke saingan akhir Piala Dunia.

Must Watch Video